Monday, 3 June 2013

Kenal-kenal sikit nak x ...?? (^_^)



Sama-sama kita berdoa supaya dapat keberkatan Allah

Assalamualaikum....
Haii...saya selalu tulis tulis tulis...
Terasa mcm nak kenalkan diri pulak lah...
Macam niii....nk mula dr mana tah...ok saya berasal dari Sungai Petani, Kedah Darul Aman...
umur saya thun niii cukup 21 tahun..alhamdulillah...dewasa dh kn??heeee...
tp org dok ckp saya mcm budak2 lagi...xtau pasepa...
Family panggil saya ' adik ' sbb saya yg bongsu...Kawan2 rapat panggil Ayu...chewah.....taau dak sbb apa??? sbb nama saya laa..kn Edayu tuu...heeee....
Tp ada jugak panggil yg len..depa qeka sendiri ja...
contohnya 'Shla, ngn kak ShiShi'..
Bwat masa niii mmg la 'Kak ShisShi' tuu yg kerap di panggil sbb yg duduk sequmah ngn saya kt Kajang tuu semua adik-adik....
Ni family adik-adik UniKL terchenta saya...
Niii kenangan semester 2 / 3013
** ramai lagi adik-adik terchenta saya yang x d nyatakan..maaf la naaa...
(Put Shu, Put Nabila, Zaf, Faiqah, Mira, Nad, n len2 lah....)







Nak ceqita pasai family saya memang sangat saya sayangi pulak lah...
Sebelum tuu...saya ialah pelajar tahun kedua UniKL MESTECH...dalam bidang 

' Bachelor in Clinical Laboratory Science'....
haaaaa tudia...
dulu saya dari UiTM Puncak Alam...tp saya bertukar ke UniKL atas sbb yg tertentu...**takdir Allah...
jadi saya delay pengajian selama setahun..
ok back to my family...
I am the youngest from the six members of my family...My sister is in US, staying there but currently is planning to stay in Malaysia starting from this August,insyAllah...My eldest brother is in Sungai Petani, my second brother is in KL and my third brother had passed away last few years...
He passed away on his 16th birthday...
Please recite Al-Fatihah for him...may He leave in peace...insyAllah...he used to be a kind hearted person...
Oh...my mum....erm...she is not working...
I love her so much...she is the best mum in the world...
I guess everyone says that to ur mum rite??
***eh nape mcm bwat esei BI lak nih...sorry ek...heeee...
Jadi...inilah saya yg serba kekurangan...


SHEILLA EDAYU
 Doakan kejayaan saya dan semua kawan-kawan ya..?? insyAllah kami akan menjadi tenaga kerja yg menyumbang bukan sahaja kepada negara tapi juga kepada agama kami...insyAllah..
dan insyAllah ada di antara kami juga akan menjadi insan yang membuka peluang kerja bg yg lain....semua tuuu akan jd kenyataan dgn usaha dan doa yg xkenal putus asa... =)

 Ok jumpa lagii....penat dah....nak tidoq dulu...selamat malam...Assalamualaikum... (*_*)


Al-Ikhlas ( Memurnikan Keesaan Allah)

Assalamualaikum...
Cuti panjang niiii qasa bosan pulak...memang lah lumrah student, time ada kuliah sibuk nak cuti tp time dah cuti panjang lain pulak kan...heee...saya pon sama lah....
Tiba-tiba rasa xkan cuti 3 bulan nii nak melagha ja kot...Terasa la sangat xbermanfaat pulak cuti nii kan...orang len dpt p jln2, saya yang xkemana nih rasa nk buat sesuatu yg bermakna...
So...........................
Jom cuba hafal sama-sama surah pendek dlm Al-Quran...even surah dh selalu bc tp xpasti kn dh btol thu tafsirnya...?? Kita mula dari belakang...ok????
Pada yang dh hafal, alhamdulillah...korang mmg terbaek lah...Pada yang belum mai tgk2 pi laaaa dapat jugak pahala tuu...=)
Ok nak cuba hafal satu malam satu surah pendek...
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri...
Jom mula baca...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Al-Ikhlas


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

ق هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad) : "Dialah Allah Yang Maha Esa"

اللَّـهُ الصَّمَدُ
Allah tempat meminta segala sesuatu

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Dia tidak beranak dan tidak pula dipernakan

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Fadhilat mengamalkan surah

Surah ini adalah surah yang ke - 112 dalam Al-Quran dan mengandungi 4 ayat pendek yang membawa maksud keesaan Allah. Terdapat banyak kelebihan membaca surah ini dan di antaranya adalah :-

1) Membaca sekali surah ini seumpama membaca satu per tiga Al-Quran, sabda Rasulullah SAW 

“Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.”
 
(Di riwayatkan oleh Imam Bukhari) 

2) Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran, sabda Rasulullah SAW

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” 
(Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

3) Mengusir syaitan dan iblis

4) Pahala membacanya umpama :

Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”

5) Diampunkan dosanya
 
Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”

“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”