Sunday, 10 February 2013

Ayat Kursi

Assalamualaikum.... (^_^)



Tafsir ayat :

Allah,tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Al-Baqarah : 255

Ayat ini diturunkan selepas hijrah dan semasa ayat ini diturunkan beribu-ribu malaikat mengiringinya kerana kehebatan dan kemuliaan ayat ini. Syaitan dan iblis pun jadi takut dengan turunnya ayat nii...sebab adalah satu halangan bagi kaum syaitan dan iblis nak menyesatkan manusia dengan adanya ayat nii..
" Barang siapa yang sering membaca Ayat Kursi akan di kasihi dan di lindungi oleh Allah S.W.T sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad S.A.W "

Antara kebaikannya :-
1) Sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap kali selepas solat nescaya di kurniakan pahala seumpama orang yang mustaqim dan pahala amal orang-orang yang siddiq iaitu syurga.
2) Sesiapa yang membaca sebelum tidur nescaya Allah akan mengurniakan keselamatan kepadannya dan jiran-jiran.
3) Siapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak 170 kali pada tengah malam kerana sesuatu hajat,Allah akan menunaikan hajatnya.
4) Sesiapa yang sedang marah bacalah ayat ini insyAllah akan dijauhkan darinya syaitan yang memanaskan hatinya.
5) Barang siapa yang mengamalkan membaca ayat ini sebanyak 18 kali insyAllah dia akan hidup berjiwa tauhid, dibuka kan dada dengan pelbagai hikmah, di murahkan rezeki, di naikkan martabatnya, dan dipelihara dari bencana.
6) Ayat kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
7) Baca ayat ini ketika berbaring di tempat tidur nescaya Allah akan mewakilkan dua malaikat menjaganya sehingga Subuh.
8) Sesiapa yang berada dalam kesempitan dan membaca ayat ini nescaya Allah akan memberikan pertolongan kepadanya.
9) Sesipa yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar rumah,Allah akan mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
10) Apabila masuk ke dalam rumah baca Ayat Kursi di empat penjuru rumah, dijadikan sebagai pelindung dan penjaga dari syaitan,insyAllah.

Amalkan lah ayat ini setiap hari insyAllah terhindar dari syaitan dan dipelihara oleh Allah dalam setiap langkah yang di ambil..
Ayat kursi niii mudah nak hafal..in fact masa time sekolah dulu ayat nii kan ayat hafazan..ingt x?? hehe... (^_^) bagi yang dah menghafal tu alhamdulillah..yang belum cuba lah hafal..ikhlas kan hati insyAllah mudah jee nak ingat..
Sampai sini dulu buat masa niii... 




"Semoga kita bersama-sama menuju syurga Allah yang kekal abadi"


Segala yang baik datangnya dari Allah,segala yang buruk datangnya dari saya sendiri

Assalamualaikum... (^_^)


No comments:

Post a Comment