Tuesday, 12 February 2013

Kau Umpama Bunga Mekar

Assalamualaikum...


Dalam aku mencari ruang untuk membina kehidupan yang baru...
Ada ketika diri ini terasa lemah dan tiada arah..
Seolah-olah segalanya sirna dan tidak bercahaya...
Kegelapan semakin menghampiri ku....dan....
Diri ini terasa tidak berharga...
Seolah-olah tiada yang menghargai kehadiran ku di sini...
Aku semakin hanyut dalam kesedihan...
Dan akhirnya tenggelam dalam kesunyian...
Aku bukan permata yang indah...
Malah aku bukan juga mutiara berharga...
Aku hanya lah serpihan kaca yang masih berkilau..
Tika hadirnya mentari memancar cahaya....

Pernah suatu ketika aku rasa tiada erti kehidupan ini...
Aku memandang diri ku dari sudut pandangan mereka...

Tanpa aku cuba memandang dari sudut yang lain...

Aku semakin lemah...sukar untuk mengorak langkah...

Setelah lama ku biarkan hati di cengkam keresahan..
Ku cuba cari kebenaran..meski hari-hari ku rasakan gelap..
Tidak bercahaya...lantas..
Berbekal kan sedikit kekuatanyang tersisa di hati...
Aku cuba bangun..
Berjalan ke hadapan..
Tidak lagi mahu menoleh ke belakang..
Ingin aku tinggalkan seluruh kenangan ku di sana..
Semoga selamat dalam lipatan masa...
Dalam kelam itu aku bertemu seorang sahabat yang aku kira istimewa...
Keresahan bertukar kebahagian...dan...
Kegelisahan bertukar ketenangan....


"Seandainya berubah jadi kepada kebaikan kerana Allah,Allah akan hantar org yang baik-baik buat peneman kita"





Alhamdulillah... (^_^)


Kata sahabat ku yang sangat istimewa ini... " Allah tidak kejam..Allah sentiasa mendengar doa kita tau..Jangan menangis..Kesat air mata dan ckp alhamdulillah sbb Allah bg bnyk nikmat kat kita tau.."

Katanya lagi...."Ada cerita tentang seorang hamba yang selalu kena angkat air dari perigi ke rumah tuan dia...sambil jalan hamba tuu tabur benih bunga kat kanan dan kiri jalan tuu..bekas air yang sebelah kanan tuu dah retak tapi yang kiri masih elok..Setiap hari dia angkat air..ulang-alik dengan bawa dua-dua bekas tuu..selalu bila sampai di rumah hanya bekas kiri yang ada air..yang kanan kosong sebab dah retak..

Satu hari..bekas kanan tuu menangis sbb dia xdapat bantu hamba tuu..bekas kiri pulak cakap kt dia tak berguna..hamba yang baik nii pun tanya pada bekas yang di sebelah kanan, "Kenapa menangis..?"
Bekas tu jawab.."Sebab saya tak dapat tolong awak angkat air..setiap hari saya akan sampai dalam keadaan yang kosong saja.."
Hamba yang baik tersenyum dan menjawab.."Jangan lah menangis..memang awak tak dapat bantu saya bawa air dari perigi ke rumah tapi cuba pandang ke kanan dan kiri laluan yang selalu kita ambil..
Di sebelah kanan penuh dengan bunga berwarna-warni..mekar dan cantik..tengok sebelah kiri sana...langsung tak ada bunga yang tumbuh.."
"Tahu tak kecantikan bunga-bunga tuu buat tuan rumah nii rasa sangat gembira.."
Lalu sahabatku yang istimewa ini bertanya, "Awak tahu apa persamaan cerita niii dengan situasi sekarang..?"
Saya sekadar diam tidak menjawab pertanyaan dia..dan dia sambung lagi...
"Awak umpama bekas yang retak tu lah...biar pun awak rasa awak tak berguna..awak lemah dan teruk..tapi sebenarnya awak berguna..Kadang-kadang kita tak nampak sebab kita tak dapat pandang diri sendiri tapi...orang lain nampak..jadi awak jangan sedih lagi ya..awak kena kuat.."

Senyuman terukir di bibir ku...Air mata yang mulanya bercucuran jatuh ku kesat..
Kekuatan mula bertapak di hati...Kegelapan segera pergi dan aku nampak mentari muncul kembali..
Terima kasih.... (^_^)

"Saya akan kuat..saya tak menangis lagi..saya akan lalui setiap hari dengan senyuman dan penuh kesyukuran...Awak sangat istimewa untuk saya..."

**Kalau awak baca post niii saya harap awak senyum sebab saya akan ingat cerita nii sampai bila-bila..insyAllah..(^_^)

** Pengajarannya di sini meskipun kita rasa diri kita tak berharga dan tak punya  
apa-apa..rasa kita teruk dan jahat...sebenarnya kita tetap ada keistimewaan dan kebaikan yang diri sendiri tak dapat lihat..Hanya yang benar-benar mengenali hati kita dapat menilainya...

"Semoga kita bersama-sama menuju syurga Allah yang kekal abadi"
Segala yang baik datangnya dari Allah,segala yang buruk datangnya dari saya sendiri
Assalamualaikum... (^_^)

No comments:

Post a Comment