Saturday, 9 February 2013

Syahid di JALAN ALLAH


"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
 Ar-Rahman (55) : 58


"Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
Ar-Rahman (55) : 70


Suatu pagi di bulan Ramadhan Nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah), katanya sesiapa yang keluar berjuang di jalan Allah dan tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi S.A.W, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.
Sebelum Zohor sunnah Nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah
 (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu rupa,tidak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, "Andakah ini Ainul Mardhiah?"   
 Wanita itu menjawab "Tidak,saya penjaganya.Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana."
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, "Tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana." Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata, 

"Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku."
 Apabila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, "Nanti kamu belum syahid lagi.." Tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan di ceritakan mimpinya ini kepada Nabi S.A.W sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.A.W.
Petang itu pemuda tersebut bersama-sama dengan jemaah termasuk Nabi S.A.W di dalamnya telah keluar berperang/berjihad. Lalu ditakdirkan pemuda tersebut telah syahid ketika berperang. Maka pada petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid. Ketika mereka sedang menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah Nabi) maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi S.A,W  dan menceritakan mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sewaktu sahabat itu menceritakan kepada Nabi S.A.W  mengenai  mimpi sahabatnya yang syahid itu, Nabi S.A.W  menjawab: "Benar, benar, benar " sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi S.A.W berkata bahawa memang benar cerita sahabat itu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

Begitu lah serba sedikit tentang kisah bidadari yang disebut sebagai Ainul Mardhiah...

Bidadari yang sangat cantik..hadiah yang Allah sediakan bwat pemuda-pemuda Islam yang layak mendapat tempat di syurga Allah...

Firman Allah dalam surah Ali-'Imran ayat 15 
 "Bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah.

 Sebaik-baik hiasan di dunia ini adalah wanita solehah.Oleh itu mari lah kita sama-sama membina diri agar menjadi muslimah sejati.Sesungguhnya keindahan akhlak dan keluhuran pekerti seseorang wanita itu mencerminkan keperibadiannya. 
"Semoga kita bersama-sama menuju syurga Allah yang kekal abadi"
Segala yang baik datangnya dari Allah,segala yang buruk datangnya dari saya sendiri
Assalamualaikum... (^_^)





No comments:

Post a Comment