Assalamualaikum... (^_^)
Pengertian mujahadah secara umumnya ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh....dan musuh itu adalah hawa nafsu yang tidak pernah puas...
Berkata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya :
"Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah mencelakakan serta sukar untuk dihindari."
Satu-satunya cara melawan hawa nafsu adalah dengan sentiasa bertakwa selaras dengan firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa."
(Surah Ali-Imran Ayat 102)
Sesungguhnya ketika diri sedang bermujahadah di jalan Allah...
Pasti diri di timpa ujian bertalu-talu ....
Kadang kala rasa tidak mampu terus melawan kehendak nafsu...
Kadang kala rasa diri terlalu lemah untuk terus melangkah....
Namun aku bertenang....
Itu sudah pun menjadi lumrah kehidupan...
Ku katakan pada diri...
Sesungguhnya untuk mencapai kebenaran di jalanNya pasti jalan itu berliku-liku...
Dan itu lah harga sebenar yang harus kau bayar untuk diri melangkah ke syurga Allah yang sangat indah dan hebat....
**analoginya kat dunia nii..kita pegi tgk wayang best-best kat MidValley kena byr agak mahal gak kn???konon-konon 3D lah nii...dan jalan nk pegi pun blh tahan jauhnya naik KTM..ye kn??Pengalaman diri sendiri ler niih..(^_^)
Pesanan seorang sahabat yang dekat denganku, katanya "Untuk berubah mesti istiqamah...Biar kan orang lain bercakap...Tetapkan hati mencari keredhaan Allah.."
**seandainya sahabat itu terbaca nukilan ini..aku harap kau tersenyum..terima kasih kerana memberi semangat untukku..aku akan terus bermujahadah di jalan Allah..insyAllah..(^_^)
**seandainya sahabat itu terbaca nukilan ini..aku harap kau tersenyum..terima kasih kerana memberi semangat untukku..aku akan terus bermujahadah di jalan Allah..insyAllah..(^_^)
"Semoga kita bersama-sama menuju syurga Allah yang kekal abadi"
Segala yang baik datangnya dari Allah,segala yang buruk datangnya dari saya sendiri
Assalamualaikum... (^_^)
.jpg)

No comments:
Post a Comment